Saturday, November 26, 2011

DUGAAN...

Assalamualaikum warahmatullah...sudah sekian lama aku xmnulis di blog nie terasa rindu plak nak dengan aktiviti2 yg slalu aku buat slama nie..tapi dsebabkan kekangan yang aku alami n pelbagai masalah yang aku tempuhi,aku xdapat kuarkan sepertimana yang sebelum nie..sbb aku tahu ini semua DUGAAN.

Erm...memang lama rasanya aku dh x online,seingat aku masa aktif d butterworth, itu saja yang aktiviti last yang aku lakukan...sehingga sekarang yg aku suda berada d bumi Labuan..berkhidmat di sana pulak..nk xnk aku terpaksa lalui suma ini..sape suh jadi tentera kan,hahaha...DUGAAN oo DUGAAN!

Tergerak hati aku tuk kembali mnatap blog n kembali menulis kerana jiwa aku sekarang suda kosong..aku bukan hendak menulis tentang makan2 seperti terdahulu..tapi rasa ingin meluahkan apa yang aku alami di sini, pelbagai DUGAAN yang aku telah tempuhi selama ini n inilah yang aku rasa berat tuk aku tanggung...

Walaubagaimana pon aku tetap bsyukur..dengan berkat amalan doa n pertunjuk dari Allah SWT, kini aku rasa lapang dalam diri aku..segala yg tsekat aku dapat jalani walaupon perit..sesungguhnya aku percaya bahawa suma ini berlaku adalah keranaNya,bukan saja2..sebagai pengajaran..sbb manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan, tetapi kalau kesalahan yang telah kita buat sehingga berlaku nya dosa, maka percaya la DUGAAN yg kita alami tu adalah sebagai balasan kesalahan terdahulu yang kita dh lakukan..cuma yg kita kene igt yang manusia nie tetap makhluk yang lemah, hina n alpa..cuma yg kita perlu igt kuasa yang paling hebat cuma Allah SWT, Dia Maha Segalanya..xperlu tuk kita berlagak seperti keras ati atau ego tinggi..sbb kita manusia tidak kemana2..tetap akan mati dan diadili..

Aku bercerita di sini bkn tuk mengaibkan sesapa dengan DUGAAN yang telah datang...tetapi ini adalah kerana berlaku terhadap diri aku sendri.. dan aku sedar bahawa ini semua kerana Allah, tuk diri aku yang terleka n terlena...sebgai pengajaran kepada yang lain tuk sedar yang Allah masih sayangkan kan kita manusia  yang kerdil..aku pasti yang pembaca pernah alami DUGAAN ...smada kecil atau besar itu bergantung daripada Allah SWT. Kehilangan org tersayang disebabkan sakit, pergaduhan, hilang segala harta n macam2 lagi,itu salah satu contoh DUGAAN.. aku juga mengalami DUGAAN yang aku rasa '1st time ever' kot..yang aku rasa kan kejadian ini sangat mencabar bagi aku..

Memang tidak dinafikan manusia tidak akan lagi dari masalah,cuma bagaiman tuk harungi masalah tue bergantung kepada individu, individu kene bertindak bukan saja tuk kepentingan dirinya malah juga tuk family n org persekitaran..aku tetap bersabar tuk tempuh DUGAAN yang aku lalui selama nie..walaupon terganggu kerja n terasa stress yang amat...cuma aku tetap harungi dgn senyuman, sehinggakan tahap aku tidak dapat dikawal dengan fizikal ku yg semakin susut n berat bdn mcecah 60kg (sebelum ni 63kg),dgn kesedihan parent aku sehingga tahap menangis n demam spanjg malam..aku seperti tidak dapat tertanggung ngan DUGAAN yang Allah berikan ini..terbuka tuk aku aku mengamalkan kembali doa Rasulullah yang dahulunya aku pernah baca..tuk aku melepaskan diri dari DUGAAN yang menguji sehingga parent aku..

Alhamdulillah,berkat amalan doa tue...aku mulai sedar n mnemui jalan yang selama ini buntu...yg aku xpernah terpikir,yang xpernah aku sangka n yang xpernah aku lalui..Bersyukur aku kepada Allah SWT,diberi peluang tuk kembali kepada diriku asal di mana sbelum ini aku 'terikat' tanpa aku sedari sehingga menganggu segala perhubungan,kerjaya n kesihatan aku...aku juga dengan usaha aku mcari jalan penyelesaian dan akhirnya....alhamdulillah, aku berterima kasih kepada abg K (bukan nama sebenar) kerana telah menyembuhkan aku dari perbuatan yg laknatullah...sihir! Astaghfirullah..Ya Allah,ampunilah dosa-dosa mereka..amin.

2 comments:

  1. Sama laaa. bertahun tak update blog

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... boleh x saya nak tau doa yg awak amalkan tu..

    ReplyDelete